Puan kepada En Adi. Umi kepada permata comel Wan Huzaifah dan Wan Humairah. Seorang kidal. Pada masa yang sama berusaha menggunakan tangan kanan untuk segala aktiviti.

Wednesday, 1 July 2015

Nutriferon: Alternatif kepada Penggemar PANADOL

Nutriferon ialah satu formula ekslusif dan telah dipatekan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai kecuali hanya boleh dibeli daripada pengedar Shaklee yang sah,

Nutriferon untuk mereka yang menghadapi masalah-masalah berikut:
1. Mempunyai antibodi yang lemah
2. Mudah jatuh sakit
3. Sakit yang lambat sembuh

Siapa yang perlukan nutriferon:
1. Mereka yang sering sakit, selesema dan demam
2. Ibu yang menyusukan anaknya yang mana anaknya selalu demam
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi
4. Mereka yang kerap travel ke luar negara
5. Mereka yang sering stress
6. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin jenis antioksidan,ACE boleh gantikan dengan nutriferon sepaket sehari
7. Mereka yang mempunyai alergik dan ekzema

Bagaimana Nutriferon bertindak?
Meningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan. Jadikan alternatif kepada Panadol.

Nutriferon diperbuat daripada 4 jenis ramuan semulajadi:
1. Ekstrak biji labu
2. Biji plantago
3. Bunga Safflower
4. Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle

Sebab mengapa Nutriferon menjadi Pilihan saya:

1. Terbukti melalui 4 kajian klinikal ke atas manusia

2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi

3. Dicipta oleh invdividu yang menemui Interferon iaitu Dr Yashuhiko Kojima yang merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954.

4. Rumusan berpaten yang ekslusif hanya untuk Shaklee. Ianya melepasi ujian saintifik yang ketat daripada segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

5. 40 tahun masa diambil untuk kajian untuk pembentukkan interferon semulajadi hasil gabungan daripada 4 ekstrak tumbuhan. Tak ke lama tu?

6. Sejak nutriferon dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian telah dipublishkan dalam jurnal perubatan seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology & Therapy dan Journal of Alternative & Complimentary Medicine.

Wednesday, 3 December 2014

Menyesal Join Shaklee????

Ramai pula pm saya harini. Katanya tak menyesal ke join Shaklee? Kan dah ramai jadi pengedar Shaklee, sape nak beli lagi, macam persaingan sangat sengit. Oh bagi saya itu tidak mengapa. Kerana saya enjoy join jadi ahli Shaklee. Menyesal? Tidak langsung. Kerana saya suka bisnes saya yang berjaya buka mata saya untuk saya berdikari sepenuhnya. Ye lah, selama ini saya terlalu bergantung kepada suami. Semua suami buat. Si dia selalu memberi kebebasan kepada saya, namun saya akur saya terpaksa bergantung harap kepadanya. Huhu...

Sebab kenapa Shaklee mendapat tempat di hati saya?

Seruis korang nak tahu ni. Hihi buat suspen saja. Ahaks.


1. Terpaksa join ahli PERCUMA

Korang nak tahu tak? Nak join jadi ahli Shaklee hanya memerlukan modal sebanyak RM 65 sahaja. Selain itu, keahlian Shaklee dengan membuat pembelian sebanyak 200uv. UV ni point dalam Shaklee. Automatik dapat FREE MEMBERSHIP. Senang jer, awak semua kumpul order mak, ayah, kawan-kawan serumah, ofismate pastu bagitau ahkak. PM/WHATSAPP 017-9993421. Kalau upline tolong poskan Shaklee caj RM 10 untuk pos. Total RM 75. Murah sangat. Tak perlu datang branch bagai, nanti upline tolong poskan atau COD kat rumah sendiri. Senang jer. Tak perlu bersesak nafas, redah jem. 

2. Tak perlu simpan stok dengan banyak

Satu lagi bestnya, kita tak payah simpan stok dengan banyak. Bila customer order nak barang, minta dia bank in kan duit then terus order dengan Shaklee. Senang jer. Telefon Shaklee terus, atau order dengan online. Lagi senang. Tak perlu bersesak nafas amik nombor, tunggu giliran semua.

3. Terpaksa berada depan LAPTOP order Shaklee

 Business dengan Shaklee sekarang cuma guna online je. Bila customer bayar, kita masuk website shaklee, masuk detail customer, dan order melalui online. Semua di hujung jari je. Sekali lagi tak payah bersesak, meredah jem.

4. Rimas bila terima cek statement bank ada PERTAMBAHAN dalam akaun

Haha. Yang ni memang kaw-kaw punya. Bulan pertama saya join, terus shot 3 angka. Best! Sebab saya dapat tambah pendapatan keluarga kecil saya. Rasa woww sangat. Alhamdulillah. Konsepnya macam ni, BILA ANDA BUAT LEBIH, ANDA DAPAT LEBIH. Tu jer.



5. Apa yang perlu ada??



HATI CEKAL, TIDAK MENGENAL ERTI PUTUS ASA. Itu sahaja HARGA yang perlu dibayar once anda sign up jadi ahli Shaklee. 



Tuuu.. Kat atas ada cerita. Memang saya nak KAYA dengan Shaklee


Lots of LOVE,
Puan Ayu



Sunday, 23 November 2014

Seram bila sikat rambut??






Assalamualaikum wbt.

Bertemu lagi kita pada kali ini. Alhamdulillah pertamanya saya ingin ucapkan terima kasih kepada follower blog saya termasuk silent reader.

Okay. Harini saya nak cerita pasal kenapa wanita dan rambut selalu gugur. Simptom ini biasanya terjadi bila seorang wanita yang sudah melahirkan anak dan anaknya mula merangkak, maka banyak sangat rambut gugur. Kalau dekat Kelantan, baby start menyembur air liur, buat buih maka start itulah rambut si ibu kerap gugur. 

Sebenarnya, keguguran rambut selepas bersalin adalah NORMAL. Rambut mengalami fasa pertumbuhan dan fasa 'rehat' iaitu bila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. 

Hehe. Mitos je kot yang ni. Apapun rambut wanita adalah mahkota wanita. Saya sendiri pun asalnya rambut banyak sangat gugur. Tapi lepas konsisten telan supplemen Shaklee rambut gugur makin berkurang. Seram sangat bila nak sikat rambut. Itu dulu lah. Sekarang tidak lagi. 

Hehe...

Sebenarnya rambut gugur ini tidak kira lelaki mahupun wanita. Kedua-duanya mengalami masalah rambut gugur. Ada yang mengatakan masalah ini berpunca daripada salah guna syampu. Tetapi perlu diingatkan juga hormon memainkan peranan dan boleh menyebabkan rambut gugur. 

Mula-mula kita kaji dulu macam mana rambut boleh gugur..


Punca rambut gugur

1) Penyakit Tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh sebabkan rambut gugur.

2) Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan yang abnormal boleh menyebabkan rambut gugur.

3) Ubat-ubatan
Sesetengah ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu.  Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi atau ubat cairkan darah dan pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan keguguran rambut.

4) Mengandung dan Selepas bersalin
Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. apabila bersalin, rambut mengalami fasa 'rehat' dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur. Keguguran rambut selepas bersalin di alami oleh 40% wanita dan boleh menjadi pengalaman menakutkan bagi semua wanita. 

5) Kurangnya nutrisi seperti zat besi dan zinc

6) Tekanan ditempat kerja atau dirumah. 



Petua tradisional untuk mengatasi rambut gugur

1.  5 sudu besar minyak zaitun
2.  1 sudu serbuk kayu manis
3.  2 biji telur
4.  2 sudu madu lebah

Cara menggunakannya: 

1. Campurkan semua bahan di atas dan lumurkan keseluruh rambut dan kulit kepala.
2. Balut kepala dengan shower cap atau plastik
3. Biarkan selama 15 minit dan bilas.
4. Amalan ini boleh dilakukan 1 minggu sekali.


Alahai. Lecehnya nak main masak-masak. Saya memang tak sempat. Selamat mencuba bagi mereka yang ada kesempatan. 


Supplemen untuk mengatasi rambut gugur

Untuk Set Kesihatan Rambut Shaklee, kita akan syorkan produk Shaklee yang bantu dari dalam masalah rambut dari dalaman anda melalui pengambilan supplemen seperti Zink, Vita-lea, ESP dan GLA. Boleh add on syampu organik Prosante. 





Fungsi setiap vitamin di atas: 

Zink: untuk membantu kesihatan rambut rosak, rapuh dan bercabang

ESP: untuk masalah rambut rapuh dan bercabang

Vita-lea: untuk masalah kekurangan zat besi

GLA: untuk menstabilkan paras hormon 


Ada tak set rambut untuk digunakan sewaktu mandi?

Jawapannya ada! 

Shaklee juga ada menawarkan set dalam bentuk Syampu, Perapi dan Serum khas untuk mereka yang ingin menjaga rambut agar sentiasa tampil menawan.

Set ini mengandungi Prosante Syampoo, Prosante Conditioner dan Scalp Care Serum. 




1. Long Lasting Finishing Spray

-Memberikan perlindungan UV
-Meduim hold memastikan gaya rambut tidak berubah

2. Revitalizing Shampoo

-Melebatkan lambut
-Membersih dan menyeimbangkan kulit kepala


3. Purifying Shampoo

-Menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain.
-Mengekalkan kesimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut.
-Megawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur. 


4. Replenising Conditioner

-Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut berkilat dan lembut.
-Membaiki kerosakan pada permukaan rambut dan membaiki hujung rambut yang bercabang.
-Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi. 


5. Lightweight Conditioner

-Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit.
-Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat. 


6. Nourishing Scalp Treatment

-Menyelesaikan semua maslah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran dan membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
-Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut. Formula tanpa bilas memudahkan pengguna menggunakannya. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak. 


 




Testimoni Pengguna









Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi saya =)

Wakil Pengedar Shaklee Anda

Ayunizma Ayub
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1067846 ] 
SMS/WhatsApp : 017-9993421
Emel : ayunizmaayub@gmail.com


DISCLAIMER** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 

Wednesday, 5 November 2014

Very nicely written  By Ustaz Don Daniyal 7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Monday, 3 November 2014

Doa Hari Selasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
DO'A PAGI SELASA

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن
ِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang banyak .

Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku, sungguh nafsu menyuruh pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhanku..

Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan setan yang menambah dosa-dosaku.

Aku berlindung pada Allah dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh yang dominan, dari semua penguasa yang kejam.

Ya Allah , Jadikan aku diantara pasukan-Mu, karena pasukanMu saja yang beroleh kemenangan. Jadikan aku diantara kekasih-kekasihMu, karena kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.

Ya Allah Baikkan agamaku, karena itulah sandaran urusanku.Baikkan akhiratku, karena itulah kampung kembaliku, tempat lari menjauhi kejahatanku.

Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan,Jadikanlah kematian tempat istirahat dari kejelekan.

Ya Allah Sampaikan shalawat kepada Muhammad , kepada keluarganya dan  kepada para sahabatnya.Berilah aku pada hari Selasa, tiga hal:

→Jangan biarkan pada diriku dosa kecuali Engkau maafkan.

→Jangan biarkan pada diriku kesusahan kecuali Engkau hilangkan.

→Jangan biarkan pada diriku musuh kecuali Engkau tolakkan.

Dengan asma Allah, sebaik-baik asma.

Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi.

Aku mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaNya.Aku mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya ridhoNya.

Akhirilah hidupku dengan keampunan.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ

(Copy dan paste daripada seorang SAHABAT. Moga Allah merahmatimu. Ameen)

Ayunizma
HAMBA yang Lemah