Puan kepada En Adi. Umi kepada permata comel Wan Huzaifah dan Wan Humairah. Seorang kidal. Pada masa yang sama berusaha menggunakan tangan kanan untuk segala aktiviti.

Thursday, 31 October 2013

salam perkenalan

Assalamualaikum...

Bermula bicara.. ingin aku memperkenalkan diri. aku budak baru @ newbie untuk blog ini.. blog ini sekadar menjadi tempat aku mencari rezeki dan tempat aku meluahkan perasaan apa yang terpendam apa yang terbuku di hati aku. moga ianya menjadi pedoman buat semua..

nama yang dipanggil oleh ma, abah adik-adik aku yang lain ialah nama seringkas mungkin "ayu". tidak bermakna aku seorang yang ayu, bak kata suami terchenta, tidak apelah tidak ayu pun asalkan sedap mata dia untuk memandang aku. syahdunya tika dia katakan begitu kepadaku. aku dilahirkan 17.8.1986 di rumah mek iaitu nenekku di kampung buloh. masa tu ma aku tak sempat nak teran dekat hospital. so beranak dekat rumah sajelah, zaman aku takpe sebab misi-misi takkan marah. kalo sekarang mau tidak mengamuk kalau tidak melahirkan anak di hospital. menjadi kewajiban kena teran dekat hospital.

kalau diikutkan sekarang umur aku sudah mengjangkau 27 tahun. oh sweet 27th. aku gembira sebab seiring dengan pertambahan aku, aku merasakan diri aku sudah matang. wihhiiii.. banyak perkara aku dah boleh fikirkan secara rasional. aku sudah pun berkahwin atas kehendak diri ku ketika belajar di uiam kuantan pada 2009. aku dikurniakan anak yang sungguh comel. bagi aku semua baby comel, kalau tidak comel masakan menjadi baby, betul tak?? anak sulung aku bernama Huzaifah tapi aku memanggilnya gelaran "abe" supaya senang adik-adiknya nanti memanggil dia dengan nama gelaran. kalau nak dibandingkan aku dan adik beradikku yang lain kami tiada gelaran yan spesifik, hanya memanggil nama saja walau jurang beza umur antara kami jauh.

aku rasa nak stop sini dulu sebab nak g solat zohor kejap.
Lets looking for Allah's redha

Umi Abe Jepah & Adik Uyah