Puan kepada En Adi. Umi kepada permata comel Wan Huzaifah dan Wan Humairah. Seorang kidal. Pada masa yang sama berusaha menggunakan tangan kanan untuk segala aktiviti.

Monday, 29 September 2014

Pelepas Rindu Umi



Assalamualaikum wbt.....

Gambar ini diambil ketika balik daripada makan kenduri kawan. Masa ni sangat terlampau kenyang. alhamdulillah.

Sungguh serius bila tengok gambar ni tetiba rasa rindu. Allah hadirkan diri kamu berdua untuk umi. Umi rindu pada Abe Jepah dan Adik Uyah. 

Abe melarat sebab demam. Mahukan umi beli 'air masam'. Air masam bagi mereka berdua ialah Vitagen, Yakult dan seumpamanya.

Mungkin sebab payah nak sebut panggil je air masam. Hikhik. Bila teringat rasa rindu pula. 

Dah dah, jom balik. Tapi sebelum tu kita solat Asar dulu. Nanti bila sampai rumah dah lewat untuk solat.

Hamba Allah yang berusaha solat di awal waktu.

Ayunizma Ayub

KOLESTEROL: HDL atau LDL

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam salur darah boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang amat seruis jika diabaikan. Ianya akan dihadapi oleh sesiapa sahaja tidak mengira usia. Boleh lihat macam mana rakyat Malaysia makan sekarang kan?? Main hentam je. Nak makan apapun suka hati jer. Asalkan berselera di tekak.

Akibat kolesterol yang tinggi dalam salur darah, ianya akan memberi kesan kepada kesihatan jantung dan fungsinya. Tetapi lagi membimbangkan jika individu itu sendiri tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka tinggi. Main bantai je.

Okey. Harini kita belajar pasal kolesterol. Untuk kita lebih mengenalinya.

Apa itu kolesterol??

Kolesterol merupakan bahan lemak yang ada pada salur darah manusia dan kesemua sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukkan sel membran, hormon, hempedu dan tisu tisu lain dalam tubuh.

Sumber utama kolesterol

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati kita. tetapi ianya juga boleh didapati daripada pemakan kita sehari hari. Kolesterol yang kita ambil akan meningkatkan paras kolesterol yang ada dalam badan kita. Ye lah hati dah hasilkan kolesterol pastu kita tambah lagi kolesterol melalui nasi lemak, nasi tomato tengahari tadi. Jadi patutlah bertambah paras kolesterol. Perlu diingat kandungan kolesterol tinggi dapat menjerumuskan kita ke arah penyakit jantung dan angin ahmar.


 




Bagaimana Kolesterol boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?

Ada 2 jenis kolesterol dalam badan kita:
1. LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
2. HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolesterol JAHAT kerana paras LDL yang tinggi boleh membentuk sejenis benda melekit atau nama lain ialah PLAK. Plak berfungsi menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti mana yang berlaku kepada mereka yang diserang sakit jantung atau angin ahmar.

Kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol BAIK kerana ia membantu mengangkut kolesterol daripada salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. HDL berperanan membersihkan salur darah. Kiranya macam majlis daerah gittew.

Kerana itu perlu untuk kita kekalkan paras HDL tinggi dan LDL rendah.


Yang benar,
Ayunizma Ayub
Pelajar Sarjana Sains Sukan





Saturday, 20 September 2014

Assalamualaikum semua..

Pagi ini bersiaran daripada bumi Allah yang serba indah. Alhamdulillah...

Sejak ke belakangan ini hati selalu tak tenteram. Entah kenapa, simptom nak datang bulan atau apa. Takpe kita terima dengan hati yang redha.

Alhamdulillah. Just nak share tips bila hati rasa tak tenteram, terluka, rasa sedih, rasa nak mengamuk cepat cepatlah kembali kepada Pencipta. Allah Maha Mendengar.

Tips: Istigfar 1000x insyaAllah damai tenang akan dirasa. Kalau dapat buat lebih banyak lagi lagi okey.

CUBALAH.....