Puan kepada En Adi. Umi kepada permata comel Wan Huzaifah dan Wan Humairah. Seorang kidal. Pada masa yang sama berusaha menggunakan tangan kanan untuk segala aktiviti.

Wednesday, 20 August 2014

Permata Hatiku

Alhamdulillah. Last post bulan 5. Dan bulan 8 baru nak menulis balik.

Rata rata orang akan kata busy je. Memang busy pon. Bukan buat buat busy hokay.

Ok dah dah. Tak payah kenang benda yang lepas. Entry kali ni nak cerita tentang 2 beradik comel ni. Masa caption ni diambil dorang tengah tonton Boiboiboy. Boleh tengok baju Uyah. Ngeee..

Lately, dorang asyik minta baby daripada ku. Kalau pergi rumah orang, tengok baby kecil mesti si abang mintak umi bawak balik. Setiap kalinya macam tu. Kesian pulak.

Rasanya dah sampai masa umi plan untuk kehadiran cahaya mata baru. Lagipun Uyah dah umur 3 tahun pada bulan 12 ni. Dulu plan sangat sebab rasa tak sempat. Yelah beza dorang tak cukup setahun pun. Kesian masa tu kat Abe.

Lagi satu faktor umur umi dah menjangkau 28 tahun dah. Baru je lepas besday 17.8 ritu Tetiba rasa rugi pulak tak beranak. Orang orang tua kata kalau nak beranak masa muda nilah. Bila dah berusia banyak pulak risiko nanti.

Umi plan nak anak yang ramai. Ayah pon sama. Insyallah jika Allah izinkan. Lagi bertambahlah pendoa untuk umi dan ayah bila kami tiada nanti. Semoga kamu semua jadi anak soleh dan solehah ye sayang..

Mode: waktu subur jangan diabaikan. Moga Allah mendengar doaku. Ameen

Umi Jepah & Uyah

No comments:

Post a Comment