Puan kepada En Adi. Umi kepada permata comel Wan Huzaifah dan Wan Humairah. Seorang kidal. Pada masa yang sama berusaha menggunakan tangan kanan untuk segala aktiviti.

Monday, 29 September 2014

KOLESTEROL: HDL atau LDL

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam salur darah boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang amat seruis jika diabaikan. Ianya akan dihadapi oleh sesiapa sahaja tidak mengira usia. Boleh lihat macam mana rakyat Malaysia makan sekarang kan?? Main hentam je. Nak makan apapun suka hati jer. Asalkan berselera di tekak.

Akibat kolesterol yang tinggi dalam salur darah, ianya akan memberi kesan kepada kesihatan jantung dan fungsinya. Tetapi lagi membimbangkan jika individu itu sendiri tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka tinggi. Main bantai je.

Okey. Harini kita belajar pasal kolesterol. Untuk kita lebih mengenalinya.

Apa itu kolesterol??

Kolesterol merupakan bahan lemak yang ada pada salur darah manusia dan kesemua sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukkan sel membran, hormon, hempedu dan tisu tisu lain dalam tubuh.

Sumber utama kolesterol

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati kita. tetapi ianya juga boleh didapati daripada pemakan kita sehari hari. Kolesterol yang kita ambil akan meningkatkan paras kolesterol yang ada dalam badan kita. Ye lah hati dah hasilkan kolesterol pastu kita tambah lagi kolesterol melalui nasi lemak, nasi tomato tengahari tadi. Jadi patutlah bertambah paras kolesterol. Perlu diingat kandungan kolesterol tinggi dapat menjerumuskan kita ke arah penyakit jantung dan angin ahmar.


 




Bagaimana Kolesterol boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?

Ada 2 jenis kolesterol dalam badan kita:
1. LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
2. HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolesterol JAHAT kerana paras LDL yang tinggi boleh membentuk sejenis benda melekit atau nama lain ialah PLAK. Plak berfungsi menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti mana yang berlaku kepada mereka yang diserang sakit jantung atau angin ahmar.

Kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol BAIK kerana ia membantu mengangkut kolesterol daripada salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. HDL berperanan membersihkan salur darah. Kiranya macam majlis daerah gittew.

Kerana itu perlu untuk kita kekalkan paras HDL tinggi dan LDL rendah.


Yang benar,
Ayunizma Ayub
Pelajar Sarjana Sains Sukan





No comments:

Post a Comment