Puan kepada En Adi. Umi kepada permata comel Wan Huzaifah dan Wan Humairah. Seorang kidal. Pada masa yang sama berusaha menggunakan tangan kanan untuk segala aktiviti.

Tuesday, 31 December 2013

Ujian yang tidak di sangka

Alhamdulillah Allah sayang aku. Tandanya Dia uji aku dengan macam macam dugaan. Dia tahu aku kuat untuk tempuhinya. Yes aku kena kuat. Benda ni akan mematangkan aku. Aku antara terpilih untuk melalui dugaanMu Allah..

Allah maha Besar.

Monday, 30 December 2013

Ujian dan Dugaan Allah

Salam semua..

Ujian dan Dugaan Allah. Ungkapan yang keluar dari mulut aku. Selalu sedapkan hati bahawa Allah uji aku sebab Allah sayangkan aku. Allah mahu aku terus SABAR DAN SABAR menghadapi ujianNya. Setiap kali Allah uji. Setiap kali itulah aku rasa penat teramat. Entahlah aku rasakan semua orang tade bersama aku. Ujian duit antaranya.  Kalau diikutkan aku ni hanya sebahagian kecil daripada orang yang lagi hebat dugaanNya. Perlu difikir orang lagi kaya Allah akan lagi mengujinya. Peringatan untuk diri aku terus bertabah moga kita tidak tersasar. Paling penting sentiasa bersangka baik pada Allah..



Umi Abe & Uyah

Shaklee Independent Distributor

Salam semua pembaca.

Alhamdulillah jumpa lagi dalam entry. Just aku nak bagitau aku sedang buat satu perubahan dalam hidup aku. Aku sedang menglibatkan diri aku dalam satu bisnes multilevel marketing. Dan aku pilih SHAKLEE..

Aku mahu melihat dan membuktikan diriku mampu pergi lebih jauh. Insyallah.  Allah izinkan aku ye. Ku mahu cari yang halal sebagai bekalan untuk aku mengadapMu nanti.

Hari Terakhir 2013

Assalamualaikum semua..
Hari ini merupakan hari terakhir tahun 2013. Pertamanya selamat hari lahir diucapkan kepada mak Rahimah Dollah, semoga Allah memberkati dirimu selamanya. Ameen

Today starts with a little bit messy.
Astagfirullahalazim.  Allah maha Pengampun. Bangun pagi tadi sangat mengantuk. Allah memang tak boleh nak buka mata. Setiap saat Allah uji aku ni. Dahla janji dengan mak nak pergi USM. Bagitau dia pukul 9 tapi 9 lebih baru sampai. Kebetulan pagi ni budak budak bangun awal sikit. Dari segi rezki Allah bagi budak tu tak nangis. Malah gembira sakan. Mungkin sebab ayah dia janji nak bawak g sarapan. Maka gembira tak terkata.. Alhamdulillah.

Dan harini merupakan hari bermulanya perjuangan ayu dalam bisnes. Nanti aku cerita untuk next entry. Fokus harini nak habis baca buku Ustaz Fathuri. Insyallah

Friday, 1 November 2013

sambung untuk salam perkenalan yang kali kedua

salam

again today.. aku sambung lagi. hihi.. terik ni aku tengah tunggu lauk ayam aku goreng atas dapur masak. lapar sungguh, yelah pagi tadi dalam pukul 8 makan pastu tak makan apa satu pun lagi. tunggu adik aku namanya muizz wat balik sos cili dan cili boh bak kata oghe kelate. menunya lauk ayam goreng pedas. uhhh menjilat bulu jari makan pasni...

alhamdulillah kenyang makan nasi..
kite sambung balik..tetibe banyak benda bergelewak mai

umi abe jepah & adik uyah