Pages
Monday, 29 September 2014
Pelepas Rindu Umi
Assalamualaikum wbt.....
Gambar ini diambil ketika balik daripada makan kenduri kawan. Masa ni sangat terlampau kenyang. alhamdulillah.
Sungguh serius bila tengok gambar ni tetiba rasa rindu. Allah hadirkan diri kamu berdua untuk umi. Umi rindu pada Abe Jepah dan Adik Uyah.
Abe melarat sebab demam. Mahukan umi beli 'air masam'. Air masam bagi mereka berdua ialah Vitagen, Yakult dan seumpamanya.
Mungkin sebab payah nak sebut panggil je air masam. Hikhik. Bila teringat rasa rindu pula.
Dah dah, jom balik. Tapi sebelum tu kita solat Asar dulu. Nanti bila sampai rumah dah lewat untuk solat.
Hamba Allah yang berusaha solat di awal waktu.
Ayunizma Ayub
KOLESTEROL: HDL atau LDL
Akibat kolesterol yang tinggi dalam salur darah, ianya akan memberi kesan kepada kesihatan jantung dan fungsinya. Tetapi lagi membimbangkan jika individu itu sendiri tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka tinggi. Main bantai je.
Okey. Harini kita belajar pasal kolesterol. Untuk kita lebih mengenalinya.
Apa itu kolesterol??
Kolesterol merupakan bahan lemak yang ada pada salur darah manusia dan kesemua sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukkan sel membran, hormon, hempedu dan tisu tisu lain dalam tubuh.
Sumber utama kolesterol
Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati kita. tetapi ianya juga boleh didapati daripada pemakan kita sehari hari. Kolesterol yang kita ambil akan meningkatkan paras kolesterol yang ada dalam badan kita. Ye lah hati dah hasilkan kolesterol pastu kita tambah lagi kolesterol melalui nasi lemak, nasi tomato tengahari tadi. Jadi patutlah bertambah paras kolesterol. Perlu diingat kandungan kolesterol tinggi dapat menjerumuskan kita ke arah penyakit jantung dan angin ahmar.
Bagaimana Kolesterol boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?
Ada 2 jenis kolesterol dalam badan kita:
1. LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
2. HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
LDL dikenali sebagai kolesterol JAHAT kerana paras LDL yang tinggi boleh membentuk sejenis benda melekit atau nama lain ialah PLAK. Plak berfungsi menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti mana yang berlaku kepada mereka yang diserang sakit jantung atau angin ahmar.
Kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol BAIK kerana ia membantu mengangkut kolesterol daripada salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. HDL berperanan membersihkan salur darah. Kiranya macam majlis daerah gittew.
Kerana itu perlu untuk kita kekalkan paras HDL tinggi dan LDL rendah.
Yang benar,
Ayunizma Ayub
Pelajar Sarjana Sains Sukan
Saturday, 20 September 2014
Pagi ini bersiaran daripada bumi Allah yang serba indah. Alhamdulillah...
Sejak ke belakangan ini hati selalu tak tenteram. Entah kenapa, simptom nak datang bulan atau apa. Takpe kita terima dengan hati yang redha.
Alhamdulillah. Just nak share tips bila hati rasa tak tenteram, terluka, rasa sedih, rasa nak mengamuk cepat cepatlah kembali kepada Pencipta. Allah Maha Mendengar.
Tips: Istigfar 1000x insyaAllah damai tenang akan dirasa. Kalau dapat buat lebih banyak lagi lagi okey.
CUBALAH.....
Wednesday, 20 August 2014
Permata Hatiku
Alhamdulillah. Last post bulan 5. Dan bulan 8 baru nak menulis balik.
Rata rata orang akan kata busy je. Memang busy pon. Bukan buat buat busy hokay.
Ok dah dah. Tak payah kenang benda yang lepas. Entry kali ni nak cerita tentang 2 beradik comel ni. Masa caption ni diambil dorang tengah tonton Boiboiboy. Boleh tengok baju Uyah. Ngeee..
Lately, dorang asyik minta baby daripada ku. Kalau pergi rumah orang, tengok baby kecil mesti si abang mintak umi bawak balik. Setiap kalinya macam tu. Kesian pulak.
Rasanya dah sampai masa umi plan untuk kehadiran cahaya mata baru. Lagipun Uyah dah umur 3 tahun pada bulan 12 ni. Dulu plan sangat sebab rasa tak sempat. Yelah beza dorang tak cukup setahun pun. Kesian masa tu kat Abe.
Lagi satu faktor umur umi dah menjangkau 28 tahun dah. Baru je lepas besday 17.8 ritu Tetiba rasa rugi pulak tak beranak. Orang orang tua kata kalau nak beranak masa muda nilah. Bila dah berusia banyak pulak risiko nanti.
Umi plan nak anak yang ramai. Ayah pon sama. Insyallah jika Allah izinkan. Lagi bertambahlah pendoa untuk umi dan ayah bila kami tiada nanti. Semoga kamu semua jadi anak soleh dan solehah ye sayang..
Mode: waktu subur jangan diabaikan. Moga Allah mendengar doaku. Ameen
Umi Jepah & Uyah
Saturday, 10 May 2014
Penapis Air Ajaib Shaklee
Salam semua,
Seperti biasa harini bersiaran dari pangkalan unit ssu. Kelass kensel last minute so aku hupdate cerite pasal water pitcher shaklee ni. hihi.
Kalau rasa nak tahu lebih bacalah. Rasa macam penat nak baca sebab panjang, benti je tak payah baca yerrr..
Water Pitcher Shaklee ataupun Penapis Air Shaklee.
Aku ada juga panggil Jug water Filter yang portable. maksudnya boleh di bawa ke mana mana sahaja.
1. Tak payah nak plug in. Jimat elektrik
2. Tak payah nak ada rasa bimbang lagi bila nak balik kampung, nak pergi berkelah atau nak duk di mana saja. Senang bawa je Pitcher ni dan isi air mana mana pun boleh. Air laut pun ok.
3. Tak payah risau bagi mereka yang ada anak kecil. Kenapa? Ye lah time nak bancuh susu nak kan air kan. Jadi gunalah air tapisan dari water pitcher ni. Tak yah serabut kepala duk cari kedai runcit nak beli mineral water. Betul tak?
4. Air tapisan daripada Pitcher ini membantu saya membekalkan air yang bersih dan sihat untuk anak anak dan suami aku.
5. Yang penting kau nak letak mana mana Jug ni ikut suka hatilah. Nak letak kat dapur pun boleh, ringan dan senang dibawa part yang aku suka.
6. Lagi satu dekat Jug tu ada petanda aras bila masa kita perlu tukar filter tanpa perlu kita risau lagi.
7. Air yang boleh di isi ke dalam Jug tu sebelum kita tukar filter baru ialah 303L (80 gelen) air. Tak ke banyak tu. Jimat yang pasti la.
TESTIMONI:
Berbagai persoalan diajukan untuk kepastian JUG WATER FILTER SHAKLEE ini, antaranya ;
1) APA yang ada dalam SET JUG WATER FILTER SHAKLEE?:
Satu SET JUG WATER FILTER SHAKLEE mengandungi 3 filter, 1 unit housing kit, dan 1 unit pitcher dimana didatangkan untuk pertama kali pembelian, setelah digunakan hanya tukarkan sahaja filter yang diberi secara PERCUMA untuk tahun pertama, pembelian filter yang baru boleh dibuat dengan saya, Ayunizma SMS/Whatsapp 017-9993421.
2) Bagaimana nak tahu kena tukar filter baru?:
JUG WATER FILTER SHAKLEE sangat istimewa berbanding yang lain kerana jug dipasang meter automatik penunjuk masa dan jumlah air untuk gantian yang baru, tak perlu risau untuk lupa atau terlupa kerana sentiasa nampak walaupon diletakkan dimana sahaja. Lebih mudah dan jimat masa.
3) Perlu ke sebarang penyambungan paip?:
TIDAK PERLU, kerana ia adalah JUG serba boleh, praktikal, mudah dan senang digunakan semudah ABC. JUG WATER FILTER SHAKLEE mudah kerana hanya tadah sahaja air dari paip, letakkan atas meja dan boleh terus guna. Semudah ABC kan?
4) Bagaimana pula dengan elektrik?:
Sama sekali tidak perlu penggunaan elektrik, kerana JUG WATER FILTER SHAKLEE hanya sebuah JUG yang unik dan berkualiti menjamin kepuasan yang menggunakannya, air sedap dan bersih setanding dengan jenama lain, paling penting ianya berbaloi untuk setiap wang yang dikeluarkan. JIMAT ELEKTRIK dan JIMAT WANG
5) Berapa harga JUG WATER FILTER SHAKLEE?:
Satu SET WATER FILTER SHAKLEE adalah RM460.00WM / RM483.00EM.


