Puan kepada En Adi. Umi kepada permata comel Wan Huzaifah dan Wan Humairah. Seorang kidal. Pada masa yang sama berusaha menggunakan tangan kanan untuk segala aktiviti.

Monday, 3 November 2014

Peserta Ujikaji

Assalamualaikum semua followers.

Harini saya baru start menulis untuk blog saya. Ada 3 lagi blog saya hutang dengan anda sekalian.

Alkisahnya harini saya ada test untuk peserta yang sanggup menjadikan diri untuk jadi bahan eksperimen.

Alhamdulillah. Subjek bagi sepenuh kerjasama. Bagus betul dorang nih!! Extra mark dapat nanti ekeke..

Mungkin sebab dorang masih student dan gigih cari duit poket lebih. Fuhyooo. Jadi subjek saya ada nilai tau. Ada upah. Tapi lepas stage 5 baru dapat upah 3 angka dan sijil.

Best sangat. Ramai nak participate tapi saya hadkan kepada 13 orang sahaja. Memang special jadi anak buah saya. Mak tak tinggal kamu sampai ke sudah.

Harapnya saya sempat siap writing untuk tesis sarjana saya. Bulan 3 kita grad dah. Mohon ameenkan doa saya semua.

Chill!!!

P/s: Gambar peserta dikaburkan atas sebab sulit dan persendirian.

Sayang,
Ayunizma Ayub
Pelajar Sarjana Sains Sukan
USM Kubang Kerian

Saturday, 1 November 2014

Renungan

"RENUNGAN"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa...

(Copy paste daripada seorang sahabat)

Wednesday, 29 October 2014

D.U.I.T

Nilai Duit

- Duit .. tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.

- Duit .. tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit.

- Duit .. tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.

- Duit .. tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit.

- Duit .. tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.

- Duit .. Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.

- Duit .. bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

♥♥D-don't.
♥♥U-use.
♥♥I-intelligence.
♥♥T-the wrong way.

Kata orang-orang bijak pandai, jika:

1. Ingin bahagia. - Sembahyang awal waktu

2. Ingin sihat - Berpuasa

3. Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah Al-Quran

4. Ingin wajah berseri - Jaga sembahyang Tahajjud

5. Ingin kaya - Sembahyang Dhuha

6. Dihimpit masalah - Beristghfarlah

7. Berdukacita. - Berdoalah

8. Mahukan keberkatan - Berselawatlah

Pesanan ikhlas

Yang membaca, tak untung
Yang bercakap, pun tak untung
Yang mendengar, pun tak untung
Yang untung, orang yang mempratikkannya, insyaAllah.

Mari kita amalkan & sebarkan.

Salah satu cara untuk menambah isi dalam poket kita adalah dengan berbisnes.

Setakat ni hanya bisnes Shaklee yang menjadi bisnes ini. Ianya membuka mata saya bahawa prinsip duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit.

Dan saya pilih bisnes Shaklee. Ianya tidak menjanjikan kekayaan SEGERA tapi dengan kesungguhan dan usaha tanpa putus asa mungkin impian saya untuk bergelar surirumah tangga yang mempunyai pendapatan sendiri terlaksana. Siapa tahu kan...

Semoga Allah memudahkan segala rencana.

Saya suka akan kata-kata saripada Atuk Shaklee saya. Apa dia kata. Tengok kat bawah.

JUST DO IT AND IMPROVE
PRACTICE MAKES EXPERIENCE (MD,2014)

Regards,

Ayunizma
0179993421

Tips cantik dengan Alfalfa

Assalamualaikum semua.

Bertemu lagi kita. Syukur Alhamdulillah.

Sempena harini hari cuti saya, ambil cuti pun sebab anak demam. Renggeh rasa bahu kejap.

Tapi ada hikmah. Rupanya saya dah lama abaikan diorang. Tak main main dengan diaorang. Tak jadi kuda dorang.

Maka Allah pun Uji. Sungguh saya terleka. Ibu bapa kat luar jaga kualiti masa anda dengan anak-anak tau. Jangan asyik nak marah dorang.

Ok berbalik kepada tips cantik dengan Alfalfa. Wah!!

Alfalfa bukan sahaja berfungsi sebagai agen detoks tapi boleh bertindak kecutkan jerawat. Buktinya semalam saya tenyeh muka adik dengan buat masker alfalfa. Lepas tu kecut terus jerawat dia. Hilang habis whitehead blackhead yang merata kat muka. Siap daki muka pon hilang.

Biasalah remaja banyak jerawat sekarang. Mereka tengah membesar dan mempunyai hormon tak berapa nak stabil. Sebab tu jerawat melata naik.

Cara-cara nak buat masker Alfalfa:

♥Ambil 2 biji Alfalfa pastu ketuk dalam lesung.

♥Bubuh sedikit air je. Jangan banyak sangat. Biar pekat sikit.

♥Pastu taruk kat muka sampai kering.

♥Pastu bilas muka.

Rasanya wah meletops!! Bersih sangatt!!

Semua boleh jimat. Sambil makan sambil bermasker. Tak rugi duit beli masker khas. Lagipun bebas bahan kimia bertoksik.

Alhamdulillah.

Ayunizma Ayub
017-9993421

Tuesday, 7 October 2014

"Mahal kan dirimu" 13 Aurat Wanita

Wanita hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah. Yang akan membahagiakan syurga dalam rumah tangga.

Mahukah kita menjadi wanita seperti itu???

Mesti hati kecil berkaya ye aku mahu. Mahalkan siri kita. Dengan tinggalkan apa yang Allah larang dan segera berbuat apa yang Allah perintahkan.

Berikut adalah diantara kriteria wanita yang akan ada di dalam syurga Allah. Insyallah. Cuba dan cuba. Jika rasa tidak mampu, buat je dulu. Mungkin keihklasan akan timbul setelah sekian lama mencuba. Fikirkan Allah bersama kita.

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ....

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 

(Sumber copy paste daripada seorang sahabat)

SEMOGA BERMANFAAT

With love,

Ummi HuHu