Puan kepada En Adi. Umi kepada permata comel Wan Huzaifah dan Wan Humairah. Seorang kidal. Pada masa yang sama berusaha menggunakan tangan kanan untuk segala aktiviti.

Sunday, 23 November 2014

Seram bila sikat rambut??






Assalamualaikum wbt.

Bertemu lagi kita pada kali ini. Alhamdulillah pertamanya saya ingin ucapkan terima kasih kepada follower blog saya termasuk silent reader.

Okay. Harini saya nak cerita pasal kenapa wanita dan rambut selalu gugur. Simptom ini biasanya terjadi bila seorang wanita yang sudah melahirkan anak dan anaknya mula merangkak, maka banyak sangat rambut gugur. Kalau dekat Kelantan, baby start menyembur air liur, buat buih maka start itulah rambut si ibu kerap gugur. 

Sebenarnya, keguguran rambut selepas bersalin adalah NORMAL. Rambut mengalami fasa pertumbuhan dan fasa 'rehat' iaitu bila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. 

Hehe. Mitos je kot yang ni. Apapun rambut wanita adalah mahkota wanita. Saya sendiri pun asalnya rambut banyak sangat gugur. Tapi lepas konsisten telan supplemen Shaklee rambut gugur makin berkurang. Seram sangat bila nak sikat rambut. Itu dulu lah. Sekarang tidak lagi. 

Hehe...

Sebenarnya rambut gugur ini tidak kira lelaki mahupun wanita. Kedua-duanya mengalami masalah rambut gugur. Ada yang mengatakan masalah ini berpunca daripada salah guna syampu. Tetapi perlu diingatkan juga hormon memainkan peranan dan boleh menyebabkan rambut gugur. 

Mula-mula kita kaji dulu macam mana rambut boleh gugur..


Punca rambut gugur

1) Penyakit Tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh sebabkan rambut gugur.

2) Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan yang abnormal boleh menyebabkan rambut gugur.

3) Ubat-ubatan
Sesetengah ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu.  Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi atau ubat cairkan darah dan pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan keguguran rambut.

4) Mengandung dan Selepas bersalin
Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. apabila bersalin, rambut mengalami fasa 'rehat' dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur. Keguguran rambut selepas bersalin di alami oleh 40% wanita dan boleh menjadi pengalaman menakutkan bagi semua wanita. 

5) Kurangnya nutrisi seperti zat besi dan zinc

6) Tekanan ditempat kerja atau dirumah. 



Petua tradisional untuk mengatasi rambut gugur

1.  5 sudu besar minyak zaitun
2.  1 sudu serbuk kayu manis
3.  2 biji telur
4.  2 sudu madu lebah

Cara menggunakannya: 

1. Campurkan semua bahan di atas dan lumurkan keseluruh rambut dan kulit kepala.
2. Balut kepala dengan shower cap atau plastik
3. Biarkan selama 15 minit dan bilas.
4. Amalan ini boleh dilakukan 1 minggu sekali.


Alahai. Lecehnya nak main masak-masak. Saya memang tak sempat. Selamat mencuba bagi mereka yang ada kesempatan. 


Supplemen untuk mengatasi rambut gugur

Untuk Set Kesihatan Rambut Shaklee, kita akan syorkan produk Shaklee yang bantu dari dalam masalah rambut dari dalaman anda melalui pengambilan supplemen seperti Zink, Vita-lea, ESP dan GLA. Boleh add on syampu organik Prosante. 





Fungsi setiap vitamin di atas: 

Zink: untuk membantu kesihatan rambut rosak, rapuh dan bercabang

ESP: untuk masalah rambut rapuh dan bercabang

Vita-lea: untuk masalah kekurangan zat besi

GLA: untuk menstabilkan paras hormon 


Ada tak set rambut untuk digunakan sewaktu mandi?

Jawapannya ada! 

Shaklee juga ada menawarkan set dalam bentuk Syampu, Perapi dan Serum khas untuk mereka yang ingin menjaga rambut agar sentiasa tampil menawan.

Set ini mengandungi Prosante Syampoo, Prosante Conditioner dan Scalp Care Serum. 




1. Long Lasting Finishing Spray

-Memberikan perlindungan UV
-Meduim hold memastikan gaya rambut tidak berubah

2. Revitalizing Shampoo

-Melebatkan lambut
-Membersih dan menyeimbangkan kulit kepala


3. Purifying Shampoo

-Menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain.
-Mengekalkan kesimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut.
-Megawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur. 


4. Replenising Conditioner

-Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut berkilat dan lembut.
-Membaiki kerosakan pada permukaan rambut dan membaiki hujung rambut yang bercabang.
-Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi. 


5. Lightweight Conditioner

-Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit.
-Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat. 


6. Nourishing Scalp Treatment

-Menyelesaikan semua maslah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran dan membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
-Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut. Formula tanpa bilas memudahkan pengguna menggunakannya. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak. 


 




Testimoni Pengguna









Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi saya =)

Wakil Pengedar Shaklee Anda

Ayunizma Ayub
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1067846 ] 
SMS/WhatsApp : 017-9993421
Emel : ayunizmaayub@gmail.com


DISCLAIMER** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 

Wednesday, 5 November 2014

Very nicely written  By Ustaz Don Daniyal 7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Monday, 3 November 2014

Doa Hari Selasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
DO'A PAGI SELASA

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن
ِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang banyak .

Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku, sungguh nafsu menyuruh pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhanku..

Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan setan yang menambah dosa-dosaku.

Aku berlindung pada Allah dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh yang dominan, dari semua penguasa yang kejam.

Ya Allah , Jadikan aku diantara pasukan-Mu, karena pasukanMu saja yang beroleh kemenangan. Jadikan aku diantara kekasih-kekasihMu, karena kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.

Ya Allah Baikkan agamaku, karena itulah sandaran urusanku.Baikkan akhiratku, karena itulah kampung kembaliku, tempat lari menjauhi kejahatanku.

Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan,Jadikanlah kematian tempat istirahat dari kejelekan.

Ya Allah Sampaikan shalawat kepada Muhammad , kepada keluarganya dan  kepada para sahabatnya.Berilah aku pada hari Selasa, tiga hal:

→Jangan biarkan pada diriku dosa kecuali Engkau maafkan.

→Jangan biarkan pada diriku kesusahan kecuali Engkau hilangkan.

→Jangan biarkan pada diriku musuh kecuali Engkau tolakkan.

Dengan asma Allah, sebaik-baik asma.

Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi.

Aku mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaNya.Aku mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya ridhoNya.

Akhirilah hidupku dengan keampunan.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ

(Copy dan paste daripada seorang SAHABAT. Moga Allah merahmatimu. Ameen)

Ayunizma
HAMBA yang Lemah

Peserta Ujikaji

Assalamualaikum semua followers.

Harini saya baru start menulis untuk blog saya. Ada 3 lagi blog saya hutang dengan anda sekalian.

Alkisahnya harini saya ada test untuk peserta yang sanggup menjadikan diri untuk jadi bahan eksperimen.

Alhamdulillah. Subjek bagi sepenuh kerjasama. Bagus betul dorang nih!! Extra mark dapat nanti ekeke..

Mungkin sebab dorang masih student dan gigih cari duit poket lebih. Fuhyooo. Jadi subjek saya ada nilai tau. Ada upah. Tapi lepas stage 5 baru dapat upah 3 angka dan sijil.

Best sangat. Ramai nak participate tapi saya hadkan kepada 13 orang sahaja. Memang special jadi anak buah saya. Mak tak tinggal kamu sampai ke sudah.

Harapnya saya sempat siap writing untuk tesis sarjana saya. Bulan 3 kita grad dah. Mohon ameenkan doa saya semua.

Chill!!!

P/s: Gambar peserta dikaburkan atas sebab sulit dan persendirian.

Sayang,
Ayunizma Ayub
Pelajar Sarjana Sains Sukan
USM Kubang Kerian

Saturday, 1 November 2014

Renungan

"RENUNGAN"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa...

(Copy paste daripada seorang sahabat)